Sabtu, 4 Ogos 2012

puasaaaaa

Alhamdulilah.. Ramadan dtg lgg... bulan yg penuh dgn rahmat, rezeki, pahala.... harap2 tahun ni kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan untuk melaksanakan... tglkan sekejap hal2 dunia... masa untuk akhirat plak....moga kita dpt bertemu Ramadan lg...harap2 ini bukan Ramadan terakhir ku.... salam....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 3 Julai 2011

Bonus Amal Soleh Di Dunia

Isnin, 19 Jamadilawal 1431H : Alkisah, tiga orang sahabat pernah bermalam di sebuah gua dalam suatu perjalanan musafirnya. Tiba-tiba sebuah batu gunung yang besar jatuh persis di hadapan pintu gua itu. Apa daya, mulut gua yang tadinya terbuka kini tertutup rapat.
Tiga sahabat ini berusaha untuk mendorong batu, tetapi tenaga mereka tidak mampu untuk menggesernya walau sedikit. Mereka hampir-hampir putus asa lantaran tidak menemukan jalan keluar yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.
Salah seorang dari mereka kemudian berkata, "Apakah kita pernah melakukan suatu amal kebajikan besar sepanjang hidup? Apabila pernah, kita mohon saja dari Allah ganjarannya boleh diberikan segera biar kita boleh sela dari malapetaka ini."Mereka berusaha untuk mengingat-ingat amal kebajikan besar apa yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya. Kerana mungkin dengan cara seperti ini, Allah berkenan untuk menyelamatkan mereka dari maut yang tidak dikehendakinya itu.
Yang pertama berkata dalam doanya, "Illahi, dahulu aku punya orang tua. Ku pelihara mereka dari anak isteriku seklipun. Bahkan aku tidak akan menyentuh makanan sebelum tangan kedua mereka yang menyentuhnya. Illahi suatu hari aku pulang larut malam kerana mencarai nafkah. Ku dapati kedua orang tuaku, isteriku dan anak-anakku sudah tertidur. Kusiapkan makanan mereka dan ku hidangkan untuk kedua orang tuaku. Aku tidak mahu membangunkan tidur mereka kerana khuatir mengganggu. Kutunggui mereka sampailah fajar terbit. Anak-anakku menangis dan bergelentangan di kakiku meminta makanan. Tapi, ya Rabbi, aku tidak beri mereka makanan itu sampailah kedua orang tuaku bangun dan memakannya. Illahi, apabila yang ku lakukan itu semata-mata keranan wajah-Mu dan ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkanlah kami dari bencana ini."Tiba-tiba dengan batu gunung yang besar itu, dengan kuasa Allah bergeser sedikit dari tempatnya. Namun, mereka masih belum boleh keluar dari sana.
Yang kedua berdoa, "Allahumma, ya Allah, dahulu aku punya seorang sepupu perempuan. Aku sangat mencintainya. Suatu hari aku berniat jahat padanya, tetapi dia menolak. Selang berapa tahun kemudian, dia mendatangiku. Ku berikan padanya wang seratus dua puluh dinar dengan syarat dia mahu melayaniku. Ketika aku akan menyentuhnya, dia berkata padaku, 'ittaqullah, takutlah kamu pada Allah. Tiada berhak seseorang menyentuh wanita lain kecuali isterinya." Aku lari meninggalkannya padahal dia adalah wanita yang paling ku cintai. Aku juga tidak mengambil kembali wang yang telah ku berikan padanya. Illahi ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi Mu, maka selamatkanlah kami dari tempat ini."Tiba-tiba dengan kuasa Allah batu raksasa itu bergeser lagi sedikit. Akan tetapi, mereka masih belum boleh keluar.
Yang ketiga berdoa, "Ya Allah ya Rabbi. Dahulu aku ada banyak pekerja. Setiap saat ku bayar gaji mereka dengan penuh. Suatu hari salah seorang dari mereka tidak datang untuk mengambil gajinya. Ku simpan wangnya dan ku jadikan modal usaha sampai akhirnya ia berkembang. Kemudian dia datang untuk meminta gajinya. Ku katakan padanya bahawa binatang-binatang ternak yang ada, unta, sapi, kambing, dan hamba-hamba sahaya itu adalah milikmu. Semula dia tidak percaya, tetapi setelah aku jelaskan di ambil semua miliknya dan tidak sedikit pun dibiarkannya untuk ku. Ya Allah ya Rabbi, apabila yang ku lakukan itu ada nilainya di sisi-Mu, maka selamatkan kami dari tempat ini."Dengan kuasa Allah, batu gunung yang besar itu akhirnya bergeser lagi. Akhirnya mereka keluar dan selamat dari bencana besar itu.
Kesimpulan dari cerita ini, Ibnu Hajar berkata, "Jika bertawasul dengan amal soleh dan amal kebajikan boleh bermanfaat, apa lagi bertawasul dengan tokoh-tokoh amal soleh

Khamis, 30 Jun 2011

peristiwa israk & mikraj.....(marilah kita ambil iktibar)

Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.



Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air
panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. (Hadis riwayat Muslim)

Isnin, 9 Mei 2011

terlalu bersyukur

final exam dh habis....Syukur. Sejak akhir-akhir ini , aku sangat bersyukur. xtahu kenapa, aku terlalu bersyukur dengan apa yg aku perolehi,apa yg aku ada....Nak kata semua cita - cita atau impian selama ini lepas tercapai, tak jugak.(O_o) Banyak lagi yang tak dapat. Tapi dengan senyum,sabar aku bersyukur...(sgt2)....

Biar aku tak dapat dengan apa yang aku nak, tapi cukup lah.(betul la kata org,apa yg kita suka,sayang,xsemestinya kita dpt kan....) Sekurang - kurangnya aku sudah otw ke arah apa yang aku nak..yg aku cari selama ini... InsyaAllah dengan izin Tuhan. Biar aku usaha lebih sikit lagi, takpa, aku ok je..janji xmenyusahkan org. Aku seronok untuk usaha lagi...dan lagi...hahaha..=)

kadang2, bila kita sedang mengusahakan sesuatu dengan kesungguhan, kita usaha tanpa henti,(mcm tgh berlumba lari 100 meter...) bila kita sedar yang apa yang kita usahakan itu sudah dihadapan,hmpr nak dpt. xtahu kenapa kita gembira sgt...kdg2 xsedar kita tgh tersenyum.....^_^




Padahal kita belum lagi dapat apa yang kita nak.. Tapi kegembiraan itu seolah - olah macam kita dah pasti yang kita akan dapat. Dah dalam tangan! Sebab kita usaha!.....dan usaha lagi....terus berdoa...
Insyaallah. Dan kalau kita tak dapat pun, sekurang - kurangnya kita gembira atas usaha sendiri kan....jadi bersyukur la apa yg kita ada skrg....

10 hariii di kolej perindUUU

HARI PERTAMA:::angkut brg dgn amar dari seks 7...penat giler...nak tercabut tgn....letak brg2 kat bilik amar....pusing2 perindu..sbb dh lama xdtg kan...Perindu la sgt kan....hbs letak brg kat surau(tempat nak tido mlm ni)...merempat kata kan....tapi best...boleh wat ibadat....

HARI KEDUA::bgn tido pkl 5.30 pg...tido kat surau kata kan...kena bgn awl la...solat subuh berjemaah(kat seks 7 jgn harap la..hehehe)...lepak kejap kat atas kerusi....masuk tido balik...letih angkat brg...(letih la sgt)..bgn mkn tgh hari kat cafe perindu...sedap giler(rasa xpnh berubah pun same mcm sem lps)...solat zohor,asr,magrib,isyak...semua berjemaah..(dah insaf la ni)....stdy sbb 3 haribln ada paper phy580...xpe soaln spot ada...hafal je....


HARI KETIGA:bgn seperti biasa...solat subuh..(bdk mana tido lagi tu..)...beli nasi lemak kat kedai perindu...on9 kejap...buka fb,,chat ngan ana raffali...stdy kejap..ptg tu ada paper kan...giler ko xstdy...buat toyol sikit....solat zohor....jom jwb exam....


HARI KEEMPAT: rutin harian yg sama...lepak,tido,makan di tempat yg sama...(sabo jelaa)...mlm tu...teman amar g ambik duit kt KL....mcm mane la aku blh terlibat skali....xpe blh dgr ceramah eumora free....best la jgk...balik dlm pkl 12...xblh msk dh uitm...so terpaksa la stay kat luar...alang2 blh tgk bola skali(dh lama x g pusat komersial kan)...mkn kat KFC...(amar blanja)....pkl 2.45...tgk bola kat NLCS....real madrid vs barceloana....seri je...tapi barcelona lyk...kesian kat  real..pengadil jem sikit la(jem byk)...dh hbs bola...nak blk..pintu pagar xbuka lg....so terpaksa la tido kat surau seks7...(tido surau lg...pahala byk 2)...pkl 6 balik perindu jln kaki...smapi kat DC...tgu bas...sbb hujan...mata dh lali dh...ngantok gile....tapi best...bkn selalu pun kan....

HARI KELIMA::dh 5 hari kat perindu...byk pengalaman yg dpt...langit xselalunya cerah kan...kasut ftsl plak hilang...(kesian amar)...mcm2....dh la bru beli.....kena beli kasut baru....aktiviti seperti biasa...solat,makan,stdy,tido kat surau...best2....ptg2 tgk bdk2 main ftsl...yg paling best dpt kenal byk org kat sini...mula2 knl pak guard..lps 2 pak cik yg keje kat cc perindu...baik pak cik tu...tahu menghargai...jadi kita kena berbahasa la kan.....


HARI KEENAM::Stdy phy 582....moden fizik....ssh giler...dh la paper final...otak ingt nak balik umah je...hahaha...tapi sempat lagi 2 pegi UNISEL...teman amar g hntr kwn dia....jauh kot...masa nak g ambil kete 2...jln kaki punye la jauh....yg aku pelik 2 nape la kitaorg lintas jln...lalu tepi tasik kan dekat...ikut kwn amar la ni....smapi kat flat 2 rehat kjp...tgk bdk2 kecil main kat taman...blh jgk gelak2,nmpk happy je bdk2 tu..xpyh fikir psl final exam la,perindu ke,unisel ke,eumora ke....hidup untk main je...start pkl 9 mlm...bertolak ke unisel...dok dlm kete,,buka psp dgr lagu ana raffali,korea...layan jela...sbb kete 2 xde radio...kete auto dh...pelik2...sabo jela...smpai unisel dlm kul 10...terus blk..tkt xleh masuk uitm...YESS..mmg xblh msk pun...cian kwn amar kena mrh ngan pak guard...ngan aku skali kena marah...CIRIT!!!...nasib baik lps...sbb guard tu kesian sbb kami nak jln kaki balik perindu....baik jgk guard tu....tq2...


HARI KETUJUH,KELAPAN:aktiviti seperti biasa...TIME untuk study...8/5 ada paper....stdy kat kampus...xde apa2 yg menarik...

HARI KESEMBILAN:Handset hilang!!!...hilang kat dlm surau...hbs lagu2.no2 kwn hilang...dh la xingat no sape2 pun...bala2...mcmmane la nak blk kmpg...kpd pencuri tu sila pulangkan memory kad dan sim kad...hp tu nak ambik,ambik la...xkisah pun...xde rezeki nak wat mcm mane kan....ptg 2 lepak ngan pak cik cc..baca buku ttg jodoh,nabi,solat...dpt juga ilmu...lps tu turun main ftsl....boleh buat 3 GOL!!!!....



HARI KESEPULUH: balik puncak alam...tumpang brg kat umah kamarul...blh g memancing....hahaha....
spnjg di perindu...byk ilmu,pengalaman yg kami dpt...dpt wat ibadat..dpt tahu sape yg sayang kita,yg benci kita,yg ambik berat psl kita....syukur ALLAH masih sygkan kami....ad sebab apa yg telah berlaku....

Ahad, 8 Mei 2011

selamat hari ibu...


Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.
Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?